Memaparkan catatan dengan label suplemen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suplemen. Papar semua catatan

Khamis, 20 Februari 2014

Antioksidan Musuh Radikal Bebas!

Assalamualaikum w.b.t... 

Alhamdulillah, berkesempatan lagi EY menjenguk halaman EY ni. Walaupun tak banyak, EY harap masih ada sedikit idea yang Allah bekalkan kepada EY untuk menulis pada malam ini. 

So, kawan-kawan yang EY sayangi, malam ni EY nak kongsikan info tentang "radikal bebas". Secara analoginya, badan kita adalah seperti sebuah enjin kereta. Tak kira la kereta Proton Preve ke, Nissan Grand Livina ke.. yang penting enjin kereta ye... Radikal bebas diibaratkan seperti haba enjin kereta dan antioksidan seperti sistem penyejukan. Kedua-keduanya diperlukan untuk operasi enjin tersebut. Pembakaran bahan api yang sempurna menghidupkan enjin dan menghasilkan tenaga dalam bentuk suhu yang tinggi. Jika tidak diimbangi oleh sistem penyejukan, apa yang akan terjadi? Hah, fikir...fikir... 

OK, mesti kawan-kawan tahu kan apa jawapan bagi soalan yang EY tanya tadi.. Hehehe... Jika sistem penyejukan tidak memainkan fungsinya untuk menyeimbangi suhu, maka penghasilan suhu yang melampau tadi akan menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian enjin dan pastinya enjin akan terhenti. Hmmmmm...

Begitu juga dengan badan kita ya, kawan-kawan... Radikal-radikal bebas akan dihasilkan melalui aktiviti-aktiviti harian badan kita yang aktif. Contohnya apabila kita bersenam, ketika mengalami trauma fizikal, mendapat kecederaan, mendapat jangkitan, tekanan emosi, penyakit-penyakit kronik, pencemaran udara, kesan radiasi seperti kesan cahaya matahari atau peralatan beradiasi dan lain-lain punca..

Jadi, bagaimana antioksidan boleh mengelakkan kerosakan akbibat radikal bebas ni? Jawapannya, vitamin C dan E boleh melindungi tubuh daripada kesan kerosakan akibat radikal bebas. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dengan menderma elektronnya sendiri kepada molekul yang kehilangan elektron. Nutrien antioksidan itu tidak akan menjadi radikal bebas dengan menderma elektron kerana antioksidan adalah stabil di dalam setiap keadaan..  Jadi, antioksidan membantu mencegah kerosakan sel dan tisu yang boleh membawa kepada penyakit.

Vitamin E merupakan antioksidan larut lemak yang cekap memecah rantaian pertahanan utama pengoksidaan. Vitamin C pula ialah antioksidan larut air yang bertindak terutamanya dalam cecair sel. Vitamin C ini membantu dalam memerangi pembentukan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan asap rokok. Vitamin C juga membantu vitamin E berubah kepada bentuk aktif .

Apa pendapat kawan-kawan? Best ke radikal bebas tu? Tak nak ke bekalkan antioksidan ke dalam badan kita supaya dapat berperang dengan radikal bebas yang jahat tu? Hehehe... Apalagi, solusinya vitamin C dan vitamin E kan?!! Jom la dapatkan vitamin-vitamin ini daripada Shaklee..


* segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, 
sila sms/call/WhatsApp: Eida Yie - 0148058184... 

Selasa, 18 Februari 2014

Sebiji Suplemen Sehari Mampu Menyelamatkan Wanita?

Assalamualaikum w.b.t... 

Salam sayang daripada EY.. Hari ni, tempat EY dah dua hari disimbahi hujan. Syukur Alhamdulillah... Setelah sekian lama takde hujan, rumput kat padang pun dah bertukar warna coklat, kulit pun pedih-pedih sebab panas, akhirnya Allah sejukkan semula... 

Hari ni EY tak dapat nak coret panjang-panjang. Kejap lagi EY dah nak kena ke sekolah semula. Cikgu memang begitu... Hehehe... Sekolah macam rumah pertama pula.. Eh, yeke?!! ---> tolong jawab sendiri ye cikgu cikgi!

Pernah dengar tentang kanser ovari? Kanser ni hanya menyerang wanita sahaja? Kenapa ek? Sebab orang lelaki mana ada ovari.. Hehehe.. Sebenarnya, EY bukan nak berbicara tentang kanser ovari.. Kawan-kawan boleh la tanya Encik Gugle ye bab kanser ovari ni... In Sha Allah, nanti EY akan update tentang kanser ovari ni pula..

EY sebenarnya hanya nak kongsi sedikit info yang EY jumpa berkaitan kanser ovari. Wanita sekalian, anda dinasihatkan memperbanyakkan pengambilan yang kaya dengan antioksida seperti sayur-sayuran kerana dapat melindungi serta menurunkan risiko terkena kanser.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Journal Of The National Cancer Institute, angka kematian kerana kanser ovari di Amerika Syarikat telah menurun. Namun, untuk kanser payu dara, kanser kulit dan kanser hati, angka kematiannya masih terus meningkat..

Penelitian tentang hubungan kanser dan suplemen telah dilakukan ke atas 400 orang wanita. Hasilnya, dalam "Nutrition and Cancer" mengatakan bahawa pengambilan vitamin C (lebih dari 90mg sehari) dan vitamin E (lebih dari 90mg sehari) yang diperolehi daripada sebiji suplemen turut mempengaruhi kadar penurunan risiko terkena kanser ovari.

Jadi, kawan-kawan... mencegah kan lebih baik dari mengubati. Jomlah amalkan suplemen yang terbaik daripada Shaklee. SR Vita C Plus dan Vitamin E daripada Shaklee yang semulajadi manakala Vivix, suplemen ulung yang mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.

Berminat dengan produk-produk yang EY nyatakan tadi? Sms/call/WhatsApp 0148058184.. 
Salam...

*perkongsian ini diperolehi daripada sumber bacaan. Tiada kajian saintifik dijalankan oleh penulis.

Jumaat, 22 November 2013

INI BETUL-BETUL... BUKAN COBAAN...

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ni saya just nak share satu cerita.. Cerita berdasarkan pengalaman sendiri.. Ha, nak tahu tak? Jeng! Jeng! Jeng!

Ni cerita berkaitan suamiku tersayang lah! Sejak berpindah balik ke Semenanjung Malaysia ni, berat badan encik suami saya ni naik... banyak la juga naiknya.. Orang kata hati banyak happy ooo!! Tapi, bila makin naik, makin naik.. hatinya sendiri jadi  tarak happy lagi ooo..! Almaklumla, encik suami ni suka bebeno main bola... tak kira lah bola padang ataupun futsal, semua dia balun... Hihi..

Sebagai seorang isteri, sudah pasti la kita nak tengok suami kita sihat kan... Tak mengah-mengah time ligat dok sepak bola di tengah padang... Bukan apa, kalau berat badan dah naik, makin cepat penatlah encik suami saya... Tambah lagi kena lari kejar bola... Kesian dia.. Isk..Isk...

Jadi, saya pun cadangkan agar dia mengambil "SET KURUS" daripada SHAKLEE...  Hmmm... nasib baik dia setuju... Biasanya bab-bab nak ambil makanan tambahan ni, dia agak 'liat' sedikit... Ni la produk yang encik suami ambil sejak 2 minggu yang lalu... 


 Selepas dua tiga hari mengambil set di atas, encik suami pun bertanya kepada saya. "Eh, produk Shaklee yang abang makan tu untuk kuruskan badan je ke atau ada manfaat lain?".. Saya pon macam pelik je dengan soalan cepu emas encik suami.. Saya balas balik dengan soalan juga.. "Kenapa?".. Encik suami senyum je.. Then, dia jawab, "Abang rasa badan abang macam ringan ja.. Main kat padang pun dah boleh main fulltime.. Biasa2nya abang minta keluar sebab tak tahan letih.. Ni abang dah boleh aktif dalam padang sepanjang game. Macam magic pula rasa.. Otot pun dah tak sakit2.. Badan pun dah kurang lenguh2..". Saya pun tiada jawapan untuk itu.. Tapi, saya akui, sejak encik suami mengambil set di atas, saya dah tak nampak dia urut2 badan dia selepas balik dari padang..

Ini hanyalah cerita daripada pengalaman sendiri.. Mungkin ini salah satu kurniaan Allah untuk suami saya.. Sejujurnya, encik suami belum lagi menimbang berat badannya selepas 2 minggu pengambilan produk Shaklee di atas.. Jadi, apa yg suami saya alami saya hanya kongsikan di sini.. Kemungkinan penurunan berat badan yang sedikit dapat memberi impak yang besar kepada 'kerja-kerja' yang badan kita lakukan... Ye la kan, dulu lari dengan bawa perut dan badan yang berat... Mana tahu, sekarang lari dengan bawa perut dan badan yang lebih ringan.. Mungkin ini salah satu faktor kenapa encik suami saya alami pengalaman indah begitu.. Ye tak?

Apa-apapun, saya ingin kongsikan kebaikan empat produk Shaklee di atas...

@LECITHIN@
Sumber utama kolina yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Memecahkan lemak dan mengurangkan paras kolesterol.

@ALFALFA COMPLEX@
Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus, dan zat besi. Mengurangkan toksin dan merendahkan kolesterol.

@CINCH SHAKE@
Diperkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan. Kaya dengan protein. Membantu anda rasa kenyang. Terdapat dalam 3 perisa: Cafe Latte, Vanilla dan Coklat.

@OMEGAGUARD@
 Kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah.

Jika anda berminat untuk mengambil produk di atas, jangan malu... jangan segan, hubungi saya melalui panggilan telefon@sms@Whatsapp ke 014-8058184.. Sekiranya anda membeli set kurus seperti di atas atau set asas (Lecithin, Alfalfa dan Cinch), anda akan mendapat hadiah istimewa daripada saya.. Bukan itu saja, anda juga akan dapat konsultasi secara percuma daripada saya... Cepat!!! Jangan sampai terlambat.... nanti rugi youuu!

*produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Eida Yie
014-8058184

Khamis, 21 November 2013

7 ALASAN KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN

Kenapa kita perlu ambil suplemen? Pernah tak korang terfikir tentang ini ek? Hehehe... Ni ha, saya nak bagi beberapa sebab kenapa kita perlu ambil suplemen ni....

1) Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas 

    yang menjejaskan kesihatan badan.
2) Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. 

     Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
3) Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat 

     racun serangga atau bahan kimia lain.
4) Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, atau 

     bersukan dan merokok.
5) Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet 

    yang seimbang.
6) Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan 

     kafein, gula dan garam berlebihan.
7) Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, 

     restoren makanan segera dan sebagainya...

So, korang rasa dah cukupkah nutrien dalam badan korang?
Jomlah sayang badan kita dengan Shaklee...

Call/sms/Whatsapp: 014-8058184
— Eida Yie