PENGAMBILAN

WAKTU MAKAN VITAMIN


Pemakanan Vitamin juga ada waktu-waktu tertentunya bergantung pada fungsinya. Kenapa? Penyerapan Vitamin berbeza mengikut sifatnya. Selalunya saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza.

Sebagai panduan buat semua, di bawah adalah aturan asas pengambilan vitamin yang baik mengikut sifatnya.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN?


Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VitaLea Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Tinggalkan pesan anda...