Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

Jom Kenali B-Complex!



Apa itu Vitamin B-Complex?
Biasa kita dengar. Vitamin ini vitamin yang plaing biasa orang makan. Budak makan, orang mengandung makan, dalam roti pun ada vitamin b juga...

Apa itu Vitamin B-Complex ni?
Vitamin B-Complex merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut dalam air. Kumpulan B-Complex terdiri daripada sebelas vitamin B iaitu:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B11
7. B12 (cobalamine)
8. Acid folic
9. Asid panthothenic
10. Biotin
11. Animo Asid

Kelebihan Vitamin B Complex

Vitamin ini bertindak sebagai:

•membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
•membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
•Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban,membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku
•Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran.
•Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecatatn spina bifida.
•Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik.

Shaklee Vitamin B-Complex
 
Apa kelebihan dan perbezaan dengan vitamin B complex yang lain di farmasi-farmasi sana?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan Vitamin B, Vitamin B-Complex Shaklee juga :
•Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
•Mudah di telan
•Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
•Peningkatan penghantaran zat


Shaklee B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan jayanya. huhuhuhu


Kepentingan Pengambilan Vitamin B complex Shaklee:

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.


4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

Jadi anda di mana? kalau anda seorang yang cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...itu tandanya anda kekurangan Vitamin B..ingat..Vitamin B Complex Shaklee!

Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call EY @ 014-8058184

Salam sayang,
Eida Yie 

Sabtu, 4 Januari 2014

Khasiat dan Kelebihan Alfalfa

Assalamualaikum w.b.t.. Salam ceria kawan-kawan! Bertemu lagi.. Dah lama rasanya EY tak menulis. Maklumlah, sekolah baru bermula bagi sesi 2014 ni. EY kan pendidik.. Mahu tak mahu, tempiasnya tetap terkena... Eh, sebenarnya, bukan tempias, tapi memang hujan tu lah.. Guru-guru memang sangat sibuk sebelum bermulanya sesi baru. Dua minggu sebelum buka sekolah,cikgu cikgu dah setia mengunjungi sekolah masing-masing. Mesyuarat la.. ceriakan bilik-blik khas la... bersihkan kelas la... etc.. Ini semua untuk pastikan anak-anak didik mendapat yang terbaik. In Sha Allah....
 
Hari ni EY nak ceritakan tentang satu tumbuhan yang bernama Alfalfa. EY ingat lagi waktu belajar Geografi Tingkatan 1 dulu, ada cikgu Geografi EY sebut tentang Alfalfa ni. Katanya banyak khasiat. Time tu EY nganga je dengar. Yang EY tahu nama je. Rupa pun tengok dalam buku rujukan je. Dan yang paling penting time tu, kalau soalan tentang Alfalfa masuk exam, EY dapat jawab dengan jayanya! Oh yeah!!!

Ok, mari kita 'gali' sama-sama apa itu Alfalfa. Tahukan anda yang Alfalfa ialah "Raja Segala Tumbuhan"? Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semula jadi. Alfalfa mengandungi vitamin A,C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom kita baca apa kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
 Tuddiiaaa! Banyak rupanya khasiat tubuhan kecil yang bernama Alfalfa ni. Tu baru sebahagian daripada khasiatnya yang kita tahu. Kalau nak senaraikan semua, rasanya tak tertaip jari jemari EY ni. Hehehe.. Hah, jom kita tengok pula apa itu Shaklee Alfalfa Complex.... mari... mari... 
 
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
 
 Shaklee Alfalfa Complex merupkan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.. Hmmm, tentu ramai nak tahu kan apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding jenama-jenama lain kan? Sebenarnya, Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Produk ini dibangunkan secara organik menggunakan daun hijaunya yang lembut, bukannya bahagian batang alfalfa. Serbuk alfalfa mentah di kompakkan kepada tablet yang mudah ditelan dengan penggunaan haba yang sangat rendah demi menjamin aktivti enzim semula jadi di dalamnya tidak dirosakkan semasa proses penghasilannya.
Apa yang menariknya, Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon-hormon sintetik, pengawal atur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.
 
Wah, panjang lebar laks EY bercerita tentang Shaklee Alfalfa Complex ni. Tapi itulah hakikatnya. So, kawan-kawan, pilihlah yang terbaik untuk kesihatan anda. Jomlah sihat bersama Shaklee Alfalfa Complex. Berminat tak? Contact me, ok! Eida Yie - 0148058184.