Khamis, 20 Februari 2014

Antioksidan Musuh Radikal Bebas!

Assalamualaikum w.b.t... 

Alhamdulillah, berkesempatan lagi EY menjenguk halaman EY ni. Walaupun tak banyak, EY harap masih ada sedikit idea yang Allah bekalkan kepada EY untuk menulis pada malam ini. 

So, kawan-kawan yang EY sayangi, malam ni EY nak kongsikan info tentang "radikal bebas". Secara analoginya, badan kita adalah seperti sebuah enjin kereta. Tak kira la kereta Proton Preve ke, Nissan Grand Livina ke.. yang penting enjin kereta ye... Radikal bebas diibaratkan seperti haba enjin kereta dan antioksidan seperti sistem penyejukan. Kedua-keduanya diperlukan untuk operasi enjin tersebut. Pembakaran bahan api yang sempurna menghidupkan enjin dan menghasilkan tenaga dalam bentuk suhu yang tinggi. Jika tidak diimbangi oleh sistem penyejukan, apa yang akan terjadi? Hah, fikir...fikir... 

OK, mesti kawan-kawan tahu kan apa jawapan bagi soalan yang EY tanya tadi.. Hehehe... Jika sistem penyejukan tidak memainkan fungsinya untuk menyeimbangi suhu, maka penghasilan suhu yang melampau tadi akan menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian enjin dan pastinya enjin akan terhenti. Hmmmmm...

Begitu juga dengan badan kita ya, kawan-kawan... Radikal-radikal bebas akan dihasilkan melalui aktiviti-aktiviti harian badan kita yang aktif. Contohnya apabila kita bersenam, ketika mengalami trauma fizikal, mendapat kecederaan, mendapat jangkitan, tekanan emosi, penyakit-penyakit kronik, pencemaran udara, kesan radiasi seperti kesan cahaya matahari atau peralatan beradiasi dan lain-lain punca..

Jadi, bagaimana antioksidan boleh mengelakkan kerosakan akbibat radikal bebas ni? Jawapannya, vitamin C dan E boleh melindungi tubuh daripada kesan kerosakan akibat radikal bebas. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dengan menderma elektronnya sendiri kepada molekul yang kehilangan elektron. Nutrien antioksidan itu tidak akan menjadi radikal bebas dengan menderma elektron kerana antioksidan adalah stabil di dalam setiap keadaan..  Jadi, antioksidan membantu mencegah kerosakan sel dan tisu yang boleh membawa kepada penyakit.

Vitamin E merupakan antioksidan larut lemak yang cekap memecah rantaian pertahanan utama pengoksidaan. Vitamin C pula ialah antioksidan larut air yang bertindak terutamanya dalam cecair sel. Vitamin C ini membantu dalam memerangi pembentukan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan asap rokok. Vitamin C juga membantu vitamin E berubah kepada bentuk aktif .

Apa pendapat kawan-kawan? Best ke radikal bebas tu? Tak nak ke bekalkan antioksidan ke dalam badan kita supaya dapat berperang dengan radikal bebas yang jahat tu? Hehehe... Apalagi, solusinya vitamin C dan vitamin E kan?!! Jom la dapatkan vitamin-vitamin ini daripada Shaklee..


* segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, 
sila sms/call/WhatsApp: Eida Yie - 0148058184... 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Tinggalkan pesan anda...