Khamis, 12 Jun 2014

Kisah EY dan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4



Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria!

Pekabo kawan? EY bersiaran dari Serdang, Kedah ni. Semalam, EY layan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4. Sebenarnya EY tak pernah pun layan Kilauan Emas tu. Ntah ler nape.. Tapi EY memang jarang nak layan TV. Hehehe.. Tetapi semalam, EY terlayan la plak.. Gara-gara Encik Suami EY la.. Dia suruh EY dengar lagu yang bertajuk “Baiduriku” (kalau tak salah ler).. Sebab dia dedicated lagu untuk EY.. Hehehe.. Bestnyer rasa... Tapi sayangnya, lagu tu tak tak habis dinyanyikan.. Hehe.. Tapi takper la sebab minggu lepas dah terdengar Cuma takder la ready nak menghayati lagu tu sebab takda orang dedicate lagu tu untuk EY lagi.. Maklumlah lagu baru kan.. Mana la tahu liriknya macam mana.. Ye dak?

K la, EY tak dapat coret panjang2 hari ni. Lagipun EY ada kelas tambahan kejap lagi... Nanti EY nak try dapatkan lirik lagu yang EY sebut tadi.. Lagu daripada seorang suami untuk isteri yang tercinta.. Hehe.. Nanti kalau dah dapat EY akan kongsikan dengan kawan-kawan ye! 

Salam sayang,
Eida YIe

Selasa, 10 Jun 2014

Oh, No! Kulitku Terbakar!!!

Assalamualaikum w.b.t.. Salam ceria..
*****(((((##@@@@@##)))))*****

Wah, mimpi indah ke semalam? Hehee... Hah, seperti yang dijanjikan, EY nak kongsi cara yang EY buat untuk pulihkan dan cantikkan kulit.. Kulitkan anugerah Allah.. Walaupun tak terbakar dek panahan matahari, kita perlu juga jaga dan belai. Tanda menghargai kurniaan Yang Maha Esa.. Betul tak pendapat EY ni?

Petua EY ni simple sesangat k! Sebelum tidur, ambil sebiji Vita E Complex Shaklee dan gunting sikit kat hujungnya...Kemudian, picitla isinya keluar. Letak kat tapak tangan.. Pastu, kacau2 dengan hujung jari bagi bercampur segala isinya.. Maklumlah, ada minyak biji anggur kan.. Then, sapulah ke seluruh wajah sambil urut perlahan-lahan.. Biar kulit serap.. Terpulanglah sama ada nak biar 2-3 jam kemudian bilas ataupun biar je sampai pagi.. Hehe.. EY biar je sampai pagi. Bangun pagi baru bilas.. Terasa kulit makin halus.. Alhamdulillah..

Nak hasil yang terbaik? Jangan lupa telan suplemen untuk kulit juga.. Ini membantu kulit cantik dari dalam.. Bukan luaran je nampak cantik.. Nak tahu tak apa yang boleh kita ambil untuk cantikkan kulit? Taaaddddaaaaaa! Ni dia..


Salam sayang,
   Eida Yie

Isnin, 9 Jun 2014

Alahai EY dan Ceritanya...

Assalamualaikum w.b.t...
@@>->->8888888<-<-<@@
Alhamdulillah, berkesempatan lagi EY menjenguk halaman ini. Maklumlah, cuti sekolah ni banyak sangat aktiviti EY.. Jalan2 melancong, balik kampung, kenduri... dan bakal menyusur, kelas tambahan..hehehe.. Kadang2 EY bermukim di daerah yang kurang liputan internet.. tut..tut.. tersentot la keinginan EY nak ber'online' di kala itu...

Tu cerita time cuti kan? Cerita sebelum cuti pula, tak kurang sibuknya.. Exam, tanda kertas, kem motivasi Tahun 6, majlis sekolah dan macam2 lagi la. Tapi EY suka la! Ni la yang membuatkan EY rasa best sangat jadi cikgu ni.. Sebelum cuti juga, EY terlibat dengan Volleyball Team SKDHZ.. Team sekolah EY ni dah jadi johan peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu tau! Hebatkan anak-anak murid EY ni.. Lelaki dan perempuan sama ja.. Walaupun EY bukanlah jurulatihnya, sekadar membantu, EY tetap berbangga.. 

Dah jadi johan daerah, of coz la akan wakil daerah ke Kejohanan Bola Tampar Peringkat Negeri Kedah. Tahun ni kejohanan tersebut berlangsung di Baling, Kedah. Seronoknya EY dapat pergi. Kali pertama mengiringi murid ke peringkat negeri. Sebelum ni, sekolah EY kat Sarawak dulu tak pernah menyertai mana2 pertandingan seumpama itu.. Sebab banyak kekurangan. Murid pun tak cukup.. padang or gelanggang yang sesuai pun tak da.. Hmm, memang tak dapat la!

Alhamdulillah, pasukan Bola Tampar (P) bawah 12 tahun yang EY iringi mendapat tempat ketiga. Walaupun bukan Johan, tapi EY sangat2 berbangga dengan anak-anak murid EY. Pasukan bola tampar KBB memang akan terpahat di hati EY lah! Pasukan Bola Tampar (P) bawah 18 tahun pula berjaya menjadi Naib Johan peringkat negeri. Namun, kedua-dua pasukan lelaki tewas awal. Tak ada rezeki... 

Apa pula yang EY dapat? Hehehe... Hah, EY dapat pengalaman baru... kawan2 baru... dan rasa gembira! Lagi?.. Eh, ada lagi ker? Hihihi... Mestilah ada. EY dapat "topeng" muka yang tak leh nak tanggal! Apa tu?!!!!! Jawapannya ialah..

Sunburn!!!!!

Kulit muka EY sunburn. Pergelangan tangan dan ke jari juga sunburn. Mujur tak banyak sebab EY memang pakai t-shirt berlengan panjang.. (lengan kan aurat).. Hehe..

Sekarang EY tengah gigih memulihkan kulit EY yg dah terbakar ni.. Camner tu? EY aplikasikan masker buatan sendiri dan ambil suplemen untuk kulit.. Nanti EY kongsikan cara-cara buat masker tu ek.. Doakan usaha EY ni berhasil ye! OK la, EY undur diri dulu... Kasih EY tetap di sini.. Amin..

Salam sayang,
Eida Yie

Selasa, 8 April 2014

ALHAMDULILLAH... EY KEMBALI DENGAN TIPS BERGUNA!

Assalamualaikum w.b.t...
Ya Allah, lama sungguh EY tak menggerakkan tinta ini.. Bukan bermaksud EY dah letak noktah kat sini. Cuma, EY mempunyai beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan sehingga tinta ini senyap sebentar.. Sebenarnya, kasih EY tetap di sini... Syukur sangat2 pada Ilahi sebab DIA beri ruang dan waktu untuk EY menulis lagi.. Alhamdulillah... 

Pada petang yang syahdu dan kedengaran suara kanak-kanak riang bermain di taman permainan (bertentangan dengan rumah EY je), di tambah pula bunyi Mr.Suami menyiram tanamannya di depan rumah, EY nak kongsi satu tips yang berguna... Tips berkaitan tidur yang lena... 
Tidur yang lena sangat penting.. Tambah2 lagi untuk insan yang sibuk bekerja pada waktu siang.. Pastinya waktu malam adalah masa terbaik untuk merehatkan minda dan badan... EY ada beberapa tips untuk tidur lena yang ingin dikongsi bersama... Jom baca--:)

1) Rendamkan badan dalam tab mandi yang mengandungi air + milk bath + thyme atau lavender, sebelum tidur.
2) Bakar lilin yang mengandungi wangian vanila atau lavender dalam ruang bilik tidur.. (Nak guna semburan pun boleh juga.. lebih selamat) Hehe..
3) Kalau nak guna penutup mata, guna penutup mata yang diperbuat daripada kain satin agar mata selesa untuk tidur.
4) Cuci baju tidur dengan pencuci dan pelembut fabrik yang wangi..(aroma yang boleh merangsang tubuh mendapat rehat yang cukup)
5) Hindari bersenam atau berolahraga 4 jam sebelum tidur. (Kalau nak tidur lena, tak payahlah pergi main futsal atau badminton malam2 tu.. Hehehe)
6) Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur
7) Jangan paksa diri untuk tidur sedangkan mata langsung tidak mengantuk
8) Elakkan meminum kopi, teh dan minuman berkarbonat lapan jam menjelang waktu tidur
9) Tidak meletakkan televisyen di dalam kamar beradu kita terutamnya di depan katil atau tilam.. (Lambat nak tidur kalau cerita best!)
10) Elakkan mengambil ubat tidur kerana ini akan mendatangkan kesan negatif pada minda kita melainkan bagi penderita insomnia

OK, kalau mahu tidur yang lebih lena, cubalah amalkan tips ni. EY dapat tips ni melalui pembacaan juga. Bukan reka-reka sendiri tau! Selain tu, kalau nak tidur lena, kawan-kawan boleh ambil OSTEMATRIX daripada Shaklee.. Boleh juga diambil bersama B-COMPLEX... Pastinya tidur kawan-kawan nyenyak sampai ke pagi In Sha Allah...Tak nak ker rasa kehebatan OSTEMATRIX dengan B-COMPLEX tu? Nakkk?!!!! Hubungi Eida Yie @ 0148058184.

Salam Sihat Hidup Ceria!