Ahad, 5 Januari 2014

Cara Atasi Senggugut Semasa Haid - Khas Untukmu Wanita

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah, dapat lagi EY menulis malam ni. Sibuk memang sibuk tapi EY curi juga masa nak menulis kat blog ni. Hari ni EY dapat satu pengalaman baru kat sekolah baru.. Ehemmm baru tak baru sangat la sebab dah lima bulan (termasuk cuti panjang), EY berkhidmat di sekolah kat Kedah ni. Heheh... Apa ek pengalaman tu? Hihi... EY jadi MC untuk kali pertamanya di sekolah ini. MC untuk majlis perjumpaan bersama waris pelajar Tahun Enam 2014.. Syukur sangat semua berjalan lancar..

Hari ni EY nak bercerita tentang senggugut. Kalau kawan-kawan bergelar 'wanita' pastinya kawan-kawan tahu kan apa itu senggugut? Bagaimana rasanya bila kita senggugut? Hmm, ada juga yang tak pernah rasa senggugut tu. Tapi tak ramai yang bertuah macam tu tau.. EY sendiri pun pernah rasa betapa sengsaranya senggugut sehingga tak dapat bergerak.. 

Mula-mula EY nak terangkan dulu apa punca berlakunya senggugut. Senggugut berpunca daripada pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim bagi mengeluarkan darah haid dari rahim. Jika pengeluaran hormon Prostaglandin terlalu banyak, pengecutan rahim akan berlaku secara berlebihan dan hal ini akan menyebabkan kesakitan, bukan sahaja pada bahagian bawah perut, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang. Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp'di bahagian tulang pinggul bawah perut sekitar ari-ari dan juga pinggang. Kalau kawan-kawan nak tahu, senggugut juga merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait rapat dengan kitaran haid wanita.

Mari kita tengok pula sebahagian tanda yang dialami ketika berlaku kedatangan haid. Antara tanda-tandanya ialah:
  • perut kembung
  • kejang perut
  • payudara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • masalah tidur (insomnia)
  • sakit sendi atau otot
  • pening kepala
  • lesu
  • jerawat
  • hayunan perasaan (mood swings)
  • penigkatan masalah kulit sedia ada dan pernafasan atau masalah mata (gangguan bulbar, conjuctivitis)
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah sengugut, antaranya ialah:
  • melakukan senaman ringan
  • mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.
  • mengambil suplemen yang mempunyai nutirisi vitamin B dan magnesium
  • minum air secukupnya
  • tuam
  • ubat penahan sakit

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh juga disebabkan oleh masalah penyakit puan yang lebih serius contohnya Pelvic Inflammatory Disease (jangkitan kuman), endometriosis dan fibroid. So, kawan-kawan, kalau kawan-kawan mengalami senggugut yang sangat teruk, adalah lebih baik kawan-kawan merujuk masalah ini kepada dotor sakit puan. Bukan apa, takut-takut ada "perkara" yang kita tak ingini berlaku. Lebih baik mencegah sebelum parah. Betul tak kata EY tu..

Oh ya, ingin EY nyatakan faktor risiko yang menyebabkan berlakunya sengugut. Antaranya ialah:
  • pengambilan kafein yang tinggi
  • tekanan
  • peningkatan usia
  • sejarah kemurungan
  • penggunaan tembakau
  • sejarah keluarga
  • faktor pemakanan (aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutamanya magnesium, manganese dan vitamin E)
Hah, sekarang kita dah tahu kan apa itu senggugut, faktor berlakunya, punca dan cara mengatasinya. EY nak highlight kan kat faktor pemakanan. Jadi, kawan-kawan yakin ke dalam diet seharian kawan-kawan ada semua vitamin yang dinyatakan di atas? Kan EY dan senaraikan salah satu cara mengatasi senggugut dengan mengambil suplemen. Hah, jadi untuk elak dan bantu rawat sengugut kawan-kawan EY nak cadangkan satu set suplemen yang memang sangat membantu. Kenapa? Tak percaya aarr?!! Percayalah... Hehe... Taadddaaa! EY perkenalkan set senggugut daripada Shaklee..

Tu dia,, tu dia.. tu dia...  Dalam set senggugut Shaklee ni ada B-Complex, OsteMatrix dan GLA... Meh EY terangkan serba sedikit tentang produk-produk dalam set sengugut Shaklee ni. 

GLA Complex
  • mengandungi Gamma-linoleic acid, vitamin E dan minyak biji bunga matahari.
  • bahan binaan bagi prostaglandin iaitu hormon dalam badan  yang penting dalam mengawal fungsi kimia badan seperti tekanan darah, kawal kontraksi otot-otot, dan menghalang rembesan gastrik.
  • melegakan keradangan, kebengkakan dan sakit berkaitan PMS
  • Vitamin E di dalamnya membantu memelihara dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi dengan membantu mengekalkan integriti sel.
OsteMatrix
  • mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zink, manganese, boron dan copper.
  • selain fungsi utamanya membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat, kalsium juga membantu mengeluarkan hormon dan enzim badan, mengawal pengecutan otot, menstabil serta membantu dalam proses penyerapan sel; dan membantu pengeluaran tenaga.
  • Magnesium diperlukan oleh kalsium untuk berfungsi secara efektif.
  • Vitamin D penting untuk proses penyerapan kalsium oleh badan.
B-Complex
  • mengandungi 8 keluarga B iaitu B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Panthothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B12 (Cyanocobalamin); asid folik dan biotin.
  • membantu dalam proses metabolik yang mengeluarkan tenaga daripada makanan yang kita ambil.
  • membantu proses sintesis sel dan tisu baru.
  • menggalakkan pembentukan sel darah merah dan perjalanan oksigen pada tisu.
  • membantu mengatasi kelesuan.
 Hah, tu lah serba sedikit yang dapat EY coretkan buat tatapan kawan-kawan tentang set senggugut Shaklee ni. In Sha Allah berkesan.. Pada EY, lebih baik mencegah daripada berhabisan beribu-ribu ringgit untuk merawat penyakit. Itu pandangan EY la.. sebab tu EY tak berkira dalam membeli suplemen demi kesihatan EY. Ada orang kata, kesihatan ni tak dapat dibeli. Dan,EY sangat-sangat sokong kata-kata tu!

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi EY dengan segera. EY akan sentiasa memberikan perkhidmatan dan bimbingan pemakanan yang terbaik buat kawan-kawan... In Sha Allah... So, cepat-cepat sms/call/Whatsapp: Eida Yie / 014-8058184












 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan pesan anda...