Selasa, 17 Jun 2014

Petua Rumahtangga - Part 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.. 

Hari ni EY nak sambung perkongsian EY tentang petua rumahtangga yang EY pernah tulis dulu tu.. Ni part 2 la.. Hehehe.. Meh kita layan apa petua yang EY nak kongsi...

PETUA MENGILAT CERMIN YANG KUSAM
Kita mesti rasa tak suka kan bila tengok cermin nampak kusam je.. Bukan muka, cermin tu yang kusam.. Hihi.. Tapi jangan risau, EY ada petua berguna nak kilatkan semula cermin ni.. Mula2, ambil beberapa helai surat khabar lama dan sapukan dengan sedikit minyak tanah.. Lap dan gosokkan surat khabar tersebut ke permukaan cermin muka yang kelabu tu. Hasilnya, cermin tadi tu akan berkilat. Jimat dan mudah kan? In Sha Allah, berkesan. Jom try!

PETUA MENGEMBALIKAN CAHAYA GELAS
Pernah tak tengok gelas2 lama zaman mak kita muda2 dulu.. yang dia still simpan sampai sekarang la.. hehe.. mesti dah tak macam dulu..  Nampak kusam dan cahayanya dah pudar.. EY nak bagi satu petua supaya gelas-gelas tersebut bersinar kembali. Petua ni senang jer. Ambil semua gelas yang dah 'berkarat' tu then, bersihkan dengan air sabun. Pastu, bilas dengan air nila. Air nila tu pula jangan dibancuh terlalu pekat. Bancuh je macam kita nak nilakan kain putih tu.. Hehe.. Kemudian, bilas dengan air bersih.. Keringkan dan kilauannya akan kembali.. In Sha Allah...

PETUA UBATI HAIWAN PELIHARAAN
Bab ni EY suka sebab EY suka sangat kucing. Hehe.. Haiwan kat sini EY andaikan kucing je la ek.. Nak try kat haiwan lain pun boleh sebenarnya.. Jika kucing kita sakit dan tiada nafsu makan, kita boleh cuba ubatinya dengan memberi sesudu madu sebanyak tiga kali sehari kepada kucing kita tu. In Sha Allah, kucing kita akan pulih dan sihat seperti sediakala.. 

OK la, setakat ni dulu... nanti EY kongsi lagi ye..

Salam sayang,
Eida Yie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan pesan anda...