Isnin, 9 Jun 2014

Alahai EY dan Ceritanya...

Assalamualaikum w.b.t...
@@>->->8888888<-<-<@@
Alhamdulillah, berkesempatan lagi EY menjenguk halaman ini. Maklumlah, cuti sekolah ni banyak sangat aktiviti EY.. Jalan2 melancong, balik kampung, kenduri... dan bakal menyusur, kelas tambahan..hehehe.. Kadang2 EY bermukim di daerah yang kurang liputan internet.. tut..tut.. tersentot la keinginan EY nak ber'online' di kala itu...

Tu cerita time cuti kan? Cerita sebelum cuti pula, tak kurang sibuknya.. Exam, tanda kertas, kem motivasi Tahun 6, majlis sekolah dan macam2 lagi la. Tapi EY suka la! Ni la yang membuatkan EY rasa best sangat jadi cikgu ni.. Sebelum cuti juga, EY terlibat dengan Volleyball Team SKDHZ.. Team sekolah EY ni dah jadi johan peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu tau! Hebatkan anak-anak murid EY ni.. Lelaki dan perempuan sama ja.. Walaupun EY bukanlah jurulatihnya, sekadar membantu, EY tetap berbangga.. 

Dah jadi johan daerah, of coz la akan wakil daerah ke Kejohanan Bola Tampar Peringkat Negeri Kedah. Tahun ni kejohanan tersebut berlangsung di Baling, Kedah. Seronoknya EY dapat pergi. Kali pertama mengiringi murid ke peringkat negeri. Sebelum ni, sekolah EY kat Sarawak dulu tak pernah menyertai mana2 pertandingan seumpama itu.. Sebab banyak kekurangan. Murid pun tak cukup.. padang or gelanggang yang sesuai pun tak da.. Hmm, memang tak dapat la!

Alhamdulillah, pasukan Bola Tampar (P) bawah 12 tahun yang EY iringi mendapat tempat ketiga. Walaupun bukan Johan, tapi EY sangat2 berbangga dengan anak-anak murid EY. Pasukan bola tampar KBB memang akan terpahat di hati EY lah! Pasukan Bola Tampar (P) bawah 18 tahun pula berjaya menjadi Naib Johan peringkat negeri. Namun, kedua-dua pasukan lelaki tewas awal. Tak ada rezeki... 

Apa pula yang EY dapat? Hehehe... Hah, EY dapat pengalaman baru... kawan2 baru... dan rasa gembira! Lagi?.. Eh, ada lagi ker? Hihihi... Mestilah ada. EY dapat "topeng" muka yang tak leh nak tanggal! Apa tu?!!!!! Jawapannya ialah..

Sunburn!!!!!

Kulit muka EY sunburn. Pergelangan tangan dan ke jari juga sunburn. Mujur tak banyak sebab EY memang pakai t-shirt berlengan panjang.. (lengan kan aurat).. Hehe..

Sekarang EY tengah gigih memulihkan kulit EY yg dah terbakar ni.. Camner tu? EY aplikasikan masker buatan sendiri dan ambil suplemen untuk kulit.. Nanti EY kongsikan cara-cara buat masker tu ek.. Doakan usaha EY ni berhasil ye! OK la, EY undur diri dulu... Kasih EY tetap di sini.. Amin..

Salam sayang,
Eida Yie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan pesan anda...