Selasa, 8 April 2014

ALHAMDULILLAH... EY KEMBALI DENGAN TIPS BERGUNA!

Assalamualaikum w.b.t...
Ya Allah, lama sungguh EY tak menggerakkan tinta ini.. Bukan bermaksud EY dah letak noktah kat sini. Cuma, EY mempunyai beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan sehingga tinta ini senyap sebentar.. Sebenarnya, kasih EY tetap di sini... Syukur sangat2 pada Ilahi sebab DIA beri ruang dan waktu untuk EY menulis lagi.. Alhamdulillah... 

Pada petang yang syahdu dan kedengaran suara kanak-kanak riang bermain di taman permainan (bertentangan dengan rumah EY je), di tambah pula bunyi Mr.Suami menyiram tanamannya di depan rumah, EY nak kongsi satu tips yang berguna... Tips berkaitan tidur yang lena... 
Tidur yang lena sangat penting.. Tambah2 lagi untuk insan yang sibuk bekerja pada waktu siang.. Pastinya waktu malam adalah masa terbaik untuk merehatkan minda dan badan... EY ada beberapa tips untuk tidur lena yang ingin dikongsi bersama... Jom baca--:)

1) Rendamkan badan dalam tab mandi yang mengandungi air + milk bath + thyme atau lavender, sebelum tidur.
2) Bakar lilin yang mengandungi wangian vanila atau lavender dalam ruang bilik tidur.. (Nak guna semburan pun boleh juga.. lebih selamat) Hehe..
3) Kalau nak guna penutup mata, guna penutup mata yang diperbuat daripada kain satin agar mata selesa untuk tidur.
4) Cuci baju tidur dengan pencuci dan pelembut fabrik yang wangi..(aroma yang boleh merangsang tubuh mendapat rehat yang cukup)
5) Hindari bersenam atau berolahraga 4 jam sebelum tidur. (Kalau nak tidur lena, tak payahlah pergi main futsal atau badminton malam2 tu.. Hehehe)
6) Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur
7) Jangan paksa diri untuk tidur sedangkan mata langsung tidak mengantuk
8) Elakkan meminum kopi, teh dan minuman berkarbonat lapan jam menjelang waktu tidur
9) Tidak meletakkan televisyen di dalam kamar beradu kita terutamnya di depan katil atau tilam.. (Lambat nak tidur kalau cerita best!)
10) Elakkan mengambil ubat tidur kerana ini akan mendatangkan kesan negatif pada minda kita melainkan bagi penderita insomnia

OK, kalau mahu tidur yang lebih lena, cubalah amalkan tips ni. EY dapat tips ni melalui pembacaan juga. Bukan reka-reka sendiri tau! Selain tu, kalau nak tidur lena, kawan-kawan boleh ambil OSTEMATRIX daripada Shaklee.. Boleh juga diambil bersama B-COMPLEX... Pastinya tidur kawan-kawan nyenyak sampai ke pagi In Sha Allah...Tak nak ker rasa kehebatan OSTEMATRIX dengan B-COMPLEX tu? Nakkk?!!!! Hubungi Eida Yie @ 0148058184.

Salam Sihat Hidup Ceria!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan pesan anda...