Rabu, 11 Disember 2013

Tips Kurangkan Gula Dalam Darah

Assalamualaikum... Bertemu lagi..


G.U.L.A... Wahh, eja sahaja perkataan ini pun dah rasa manisnya. EY rasa, semua pernah dengar tentang gula kan? Ada orang kata, gula ni penyebab penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus). Betulkah? EY tak nak jawab soalan tu sebab EY bukanlah orang yang membuat kajian tentangnya. Tapi EY nak kongsi maklumat berkaitan gula yang EY jumpa hasil pembacaan EY.

Kebanyakan kita bila ditanya tentang gula akan menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai runcit, pasaraya dan yang ada dalam balang kat rumah kita tu. Heheh... Ya kan? Kat rumah EY pun ada juga gula. Ramuan wajib yang ada kat dapur tu. Kalau gula habis mesti kena beli cepat-cepat. Risau tetamu datang terpaksa jamu air kosong je nanti.. Kui..kui..kui..

OK, sebenarnya gula juga boleh didapati dalam gula mentah, sirap jagung,sirap pekat dan madu. Dari segi kimia, gula boleh hadir dalam beberapa bentuk yang dikenali sebagai glukosa, sukrosa, dekstrosa, laktosa, fruktosa dan maltose. Kawan-kawan tahu tak yang gula pasir yang ada kat dapur kita tu  terdiri daripada 100% sukrosa? Ya! Itulah yang sebenarnya...

Gula boleh didapati secara semula jadi dan secara tersembunyi. Gula yang terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu adalah contoh gula yang wujud secara semula jadi. Gula yang wujud secara tersembunyi pula ialah gula yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan. Contohnya, minuman bergula, minuman kordial, gula-gula, kuih-muih tradisional, aiskrim, kicap, sos dan sebagainya. Alamak! EY memang suka sangat makan kicap... Huhu..

Gula terhasil daripada proses pemecahan makanan berkarbohidrat di dalam badan. Ini bermakna, kita tidak memerlukan gula tambahan kerana makanan kita yang berkarbohidrat sudah mengandungi gula. Terutamanya makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi. Nasi mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan ruji di negara ini. Emm. EY pun lemah kalau tak ambil nasi dalam sehari..

Terdapat dua masalah kesihatan utama yang terjadi akibat pengambilan gula berlebihan iaitu obesiti dan kerosakan gigi. Masalah obesiti ini pula berkait rapat dengan penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung. Bagi masalah kerosakan gigi, gula akan menggalakkan terjadinya karies gigi. Setiap kali meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, bakteria yang terdapat pada permukaan gigi akan menggunakan gula ini untuk menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda!

Pesanan EY, telitilah kandungan gula pada label produk yang kita nak beli atau ambil tu. Terdapat pelbagai nama gula pada label makanan. Ingat ya, pengeluar makanan jarang sekali lah nak letakkan terang-terang nama ‘gula’ pada label makanan mereka.. Biasanya mereka akan gunakan nama-nama yang EY sebut kat atas tadi lah. OK lah, EY ulang lagi.. glukosa, sukrosa, dekstrosa, maltose, madu, sirap jagung dan sirap pekat. Jika terdapatnya nama-nama indah begitu pada label produk tersebut, maka ketahuilah olehmu bahawa makanan tersebut mengandungi gula tambahan. Berhati-hatilah apabila membuat pilihan ye...

Wah, dah panjang lebar EY kongsikan tentang gula, sekarang EY nak kongsikan pula beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan pengambilan gula. In Sha Allah, boleh jauh dari penyakit-penyakit yang berkaitan pengambilan gula berlebihan tu.. Mari kita amalkan seperti di bawah :

  • Kurangkan memakan makanan yang manis seperti kek, biskut, ais krim, coklat, kuih-muih dan sebagainya yang manis-manis lah.
  • Lebihkan meminum air kosong. Kurangkan meminum minuman yang manis seperti minuman bergas dan seangkatan dengannya.
  • Kurangkan penggunaan gula dalam minuman kopi atau teh kita. Paling elok, elakkan terus. Biar pahit dan kaw-kaw kopi kita... Hehe!
  • Kurangkan gula dalam resepi anda. Contohnya masak sambal tumis, dari guna sesudu gula kurangkan kepada secubit sahaja.. Bila bancuh adunan kek, kurangkan sukatan gula.. Cubalah!
  • Baca label pada produk untuk lihat kandungan gula tersembunyinya. Pilih produk yang rendah kandungan gula atau yang lebih baik, cari produk dengan label “Tanpa Gula Tambahan”.
  • Makan buah-buahan segar. Sekiranya membeli buah-buahan dalam tin, pilihlah buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semula jadi. Elakkan memakan buah-buahan yang ditinkan dalam sirap pekat. 
 
Itu hanya beberapa tips yang EY kongsikan kat sini. Anda juga boleh mendapatkan “Sugar Control Set” daripada Shaklee. Produk yang bagus untuk kesihatan anda. Dengan izin Allah, set ini dapat mengekalkan paras gula sihat dalam darah, di samping dapat melegakan rasa kebas serta membantu menyembuh luka. Set ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mengelak penyakit kencing manis atau anda yang sedang menderita kencing manis.



Ingatlah semua, kesihatan adalah anugerah yang paling berharga. Jagalah kesihatan kita sebaik-baiknya. Tak kisahlah dengan apa jua cara pun. Betul tak kata EY ni? Betul kan... Jika anda mahu dapatkan "Sugar Control Set" daripada Shaklee ini, hubungi Eida Yie @ 014-8058184. Anda dapat produk + konsultasi percuma + hadiah istimewa (selagi stok masih ada) daripada EY.. Jom!Jom!


Yang Menulis,



  







*Sekadar perkongsian ilmiah. Segala penulisan dalam blog ini adalah pendapat dan buah fikiran penulis sendiri dan tidak melibatkan penyelidikan secara saintifik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan pesan anda...