Isnin, 6 Januari 2014

Petua Rumah Tangga (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.. Salam ceria semua! 

Awal sungguh EY menulis blog hari ni. Balik sekolah je, terus EY buka blog ni. Tapi rasanya, EY tak berceloteh panjang... Almaklumlah, rumah pun EY belum kemas lagi.. Hehehe.. Excitednya nak menulis blog. Nak berkongsi dengan anda semua..

Hari ni EY nak berkongsi tentang beberapa petua dapur yang boleh kita amalkan. Sebagai isteri, mestilah kita mahukan yang terbaik untuk rumah tangga kita kan.. Tapi kadang-kadang, ada saja perkara yang membuatkan kita rasa kekurangan.. Meh kita tengok sama-sama petua apa yang kena!

Petua Mengekalkan Kesegaran Ulam-ulaman
  • Ketika mencuci ulam-ulaman, masukkan sedikit cuka atau air perahan limau nipis ke dalam air pencucinya. Kemudian, ulam-ulaman itu dicuci semula menggunakanair biasa, tetapi jangan direndam. Cukuplah sekadar merenjis-renjiskan air pada ulam-ulaman tersebut.
Petua Dapur Bersih dan Harum
  • Lap lantai dapur menggunakan 3 liter air yang dicampur dengan perahan 5 biji limau kasturi. 
  • Seminggu sekali, masak dua cawan minyak kelapa yang dicampur dengan bunga-bungaan yang berbau harum seperti melur, kenanga dan mawar. pasti udara di dapur anda lebih segar dan harum. Minyak yang dimasak tadi, jangan pula dibuang. Boleh guna untuk lakukan urutan badan tu!
Petua Membersihkan Kerang 
  • Ambil beberapa helai pucuk ubi dan ramaskan pucuk ubi tersebut bersama kerang di dalam besen yang berisi air. Kerang tersebut akan kelihatan bersih dan putih selepas itu. Cubalah!
Petua Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk
  • Pernah tak korang masak sampai hangus? Hehehe.. Susahkan nak hilangkan kesan hangus tu. Leceh.. Ada cara mudah untuk hilangkannya. Masukkan serbuk penaik dan sedikit air ke dalam periuk dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian,cucilah seperti biasa. In Sha Allah, kesan hangus tadi akan hilang.
Petua Kekalkan Kemanisan Udang
  •  Bersihkan udang dan bilas dengan air kelapa sebelum mengupas kulitnya. Kulit yang dikupas jangan dibuang. Ambil kulit udang tadi dan punjutkan macam sup punjut tu.. Waktu memasak udang tadi, masukkan sekali punjut udang yang kita buat tu. Rasa manis udang dapat dikekalkan. Sup punjut tadi jangan pula dimakan ya. Lepas dah siap juadah tu, buanglah. Hehehe..
Petua Menjadikan Karipap Lebih Rangup
  •  Hah, yang ni EY suka sebab dulu EY buat karipap selalu tak jadi.. Hohoho.. Caranya mudah saja, panaskan marjerin yang telah disukat bersama setengah cawan minyak masak dan biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi ke dalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Tapi awas, mula-mula tu jangan sentuh terus dengan jari sebab adunan tu panas!
Alahai, sebenarnya banyak lagi petua yang EY nak share dengan kawan-kawan. Tapi EY ada banyak perkara yang nak diselesaikan. Nanti EY buat part 2 ye..  Petua-petua ni semua EY dapat hasil daripada pembacaan dan cerita ceriti orang-orang lama. Korang boleh la cuba-cuba kat rumah ek.. Ok la, EY stop kat sini dulu.. Cau Cin Cau!

 Wassalam...






1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    BalasPadam

Tinggalkan pesan anda...